Pengenalan Kami

by Portal WADAH Kelantan | 12:54 AM in |

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah pada 9 November 2005 dengan angka pendaftaran 1947-05-7 (Selangor). Keahlian Wadah adalah terbuka kepada rakyat Malaysia beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.

Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah.

Wadah akan memperkasa umat dengan cara meningkatkan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.

Keahlian Wadah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam dan berusia 35 tahun ke atas, tanpa mengira bangsa, kaum dan jantina.

Kepimpinan Wadah di peringkat Pusat terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan. Wadah boleh dihubungi di alamat seperti yang terdapat di halaman depan portal wadah.


Pengertian Logo


Huruf-huruf jawi yang membentuk kalimat 'wadah' memanfatkan konsep separa bulatan yang berlapis dan berbentuk wadah, gayung atau mangkuk. Struktur ini adalah manifestasi kepelbagaian pengalaman yang terkumpul dari pelbagai tahap kedewasaan insan yang seharusnya ditampung sepenuhnya dan dimanfaatkan bagi meningkatkan tahap kecerdasan dan keupayaan umat.

Keberadaan kalimat jawi 'wadah' tinggi di langit biru menggambarkan meningkatnya kualiti umat dari segi ruhaniah dan ilmu yang seharusnya melampaui nilai-nilai rendah duniawi. Warna hijau bagaimanapun menegaskan, walaupun manusia boleh meningkat tinggi dari segi ruhaniah dan ilmu pengetahuan, namun ia mestilah tetap berjejak ke bumi nyata dengan realiti kehidupan fizikal yang benar dan segar.

Demi Masa

Taqwim Hijri

Ruangan Sapaan

Hanyalah 1

Akhbar Online